Wednesday, September 24, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...

AMANAT dari Ketua PPH Perlis...

"Tidaklah beriman seseorang itu selagi ia tidak diuji "

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin. Bersederhanalah dalam menjalani kehidupan ini. Hati-hati dalam perjalanan pulang...

Hari Raya bakal menjelang tiba, pelbagai isu yang telah timbul berkaitan dengan perkhidmatan kita semua. Kemungkinan kita semua akan diserap adalah sangat tipis, jadi kita semua haruslah terus bekerja bersungguh-sungguh dalam membuktikan bahawa kewujudan kita adalah releven dan memberi sumbangan kepada negara. Anggaplah segala isu yang menyebabkan kita tidak "dipandang" sebagai satu cabaran dalam menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan. Kita semua adalah graduan intelektual yang mempunyai daya dan tahap pemikiran yang terbaik, jadi kita tidak seharusnya menganggap segala cabaran yang hadir pada ketika ini sebagai satu kelemahan kita. Buktikanlah kepada negara bahawa usaha dan kerja kita ini benar-benar memberi impak kepada keadaan sosio ekonomi negara. Diharap, satu hari nanti, KITA SEMUA PEGAWAI PEMANTAU HARGA MALAYSIA dapat bersatu hati dalam memperjuangkan nasib KITA semua.

"SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI....MAAF ZAHIR DAN BATIN..."

"BERHATI-HATILAH SEMASA MEMANDU, IKUTLAH PERATURAN JALAN RAYA..."

"BIAR LAMBAT ASALKAN ANDA SELAMAT TIBA KE DESTINASI"